Keindahan tarian Ryukyu
yang penuh warna.
Menyingkap kisah Okinawa
bersama seisi keluarga.

Penari memakai topi merah berbentuk kelopak bunga dan kimono biru bercorak floral dalam persembahan kebudayaan Ryukyu, Okinawa.

Terokai perkara baharu dan
nikmati detik santai yang menenangkan.
Jom sekeluarga ke Okinawa

Keluarga menikmati hidangan buah-buahan dan pasta di meja kayu bulat dengan latar belakang seni bina putih Okinawa.
SCROLL

Terokai sisi lain Jepun yang luar biasa!
Nikmati keunikan sejarah,
budaya dan sajian kulinari Ryukyu
bersama keluarga di
resort Okinawa

Keluarga berpakaian putih memandang laut biru firus dengan terumbu karang cetek di Pulau Kouri, Okinawa.

Sejarah Okinawa
dihidupkan kembali dalam wajah baharu

Shurijo Castle Returns

Struktur kayu merah dengan ukiran naga emas dan bumbung jubin jingga di Istana Shuri, Okinawa.

Istana Shuri terserlah dengan rona merah terang dan kisah kegemilangan Kerajaan Ryukyu.
Berjalan santai bersama keluarga sambil menghayati warisan sejarah dan estetika Okinawa.

Family Experiences

Alami sendiri bersama keluarga, pesona keindahan Okinawa.

Daripada keindahan alam semula jadi,
kekayaan budaya hingga ke pelbagai aktiviti menarik, banyak pengalaman menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Cipta detik terindah bersama insan tersayang.

Jerung paus besar berenang di dalam tangki air biru besar di Okinawa Churaumi Aquarium, Jepun.

Family Experiences 01

Okinawa Churaumi
Aquarium

Menatap keajaiban lautan luas pada waktu pagi di Akuarium Churaumi. Saksikan jerung paus dan pelbagai hidupan laut berwarna-warni berenang megah di dalam akuarium gergasi.
Destinasi ikonik Okinawa yang memukau hati kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Ombak kecil memukul pantai berpasir emas di bawah langit biru terbentang luas di Pulau Kouri, Okinawa.

Family Experiences 02

Kouri Island

Buka kasut anda dan nikmati pasir pantai di lautan biru Okinawa.
Rentasi pesisir laut biru zamrud menuju ke Pulau Kouri. Masa santai bersama keluarga sambil menikmati keindahan panorama laut dan pulau yang mempesonakan.

Dua patung singa batu kecil berukir dengan perincian merah diletakkan di atas permukaan granit di Okinawa.

Family Experiences 03

Craft Workshop

Cipta kenangan percutian bersama keluarga di Bengkel Kraf.
Pilih warna, bentukkan rupa, dan hasilkan Shisa unik anda sendiri yang tiada dua di dunia.
Setiap kali melihatnya, saat-saat indah di Okinawa pasti mekar kembali.

Taste Of Okinawa

Menyelami memori pulau, menerusi keunikan rasa Okinawa.

Mengenali sesebuah destinasi bermula daripada kulinari tempatannya. Terokai kelazatan hidangan yang menggamit semula memori pemandangan indahnya.

Keluarga menikmati hidangan tradisional Okinawa seperti goya champuru di atas meja makan kayu yang luas.

Taste Of Okinawa 01

Family Table

Hidangan Okinawa yang menyatukan pelbagai pengaruh budaya.
Cita rasa masakan rumah yang diwarisi turun-temurun. Saat manis seisi keluarga berkumpul mengelilingi hidangan.

Hirisan tuna merah segar dihiasi rumpai laut hijau berbiji dalam mangkuk tanah liat bertekstur kasar.

Taste Of Okinawa 02

Island Gifts

Makanan laut segar dari perairan jernih, serta sayuran pulau dan Taufu Shima yang disinari matahari.
Cita rasa ringkas nan lazat yang terhasil daripada gabungan rezeki bumi dan laut.
Bahan masakan Okinawa yang segar dan selamat dinikmati oleh sesiapa sahaja.

Shopping in Okinawa

Menemui sesuatu
yang istimewa,
hanya di Okinawa.

Pemandangan, cita rasa, dan
keterujaan yang memikat hati.
Bawa pulang segala keindahan dari Okinawa
ke dalam kehidupan seharian anda.

Bangunan putih bertingkat dengan struktur pergola kayu di lereng bukit menghadap perairan laut di Okinawa, Jepun.

Shopping in Okinawa 01

Senaga Island, Tomigusuku CityUmikaji Terrace

Nikmati pemandangan, cita rasa, dan keterujaan di Umikaji Terrace.
Deretan bangunan putih yang tersusun indah di lereng bukit Pulau Senaga.
Destinasi yang menggamit anda untuk bersiar-siar santai hingga ke waktu senja.

Timbunan piring seramik kecil berhias corak bunga biru dan coklat disusun kemas di atas permukaan kelabu.

Shopping in Okinawa 02

Zakimi, Yomitan Village, Nakagami DistrictYachimun Village

Terokai Perkampungan Yachimun untuk mencari tembikar Okinawa yang istimewa.
Perkampungan Yachimun dihiasi relau pembakaran dan bengkel kraf di merata tempat.
Sambil menjenguk ke dalam Bengkel Tembikar,
nikmati keunikan setiap tembikar yang berbeza warna serta bentuknya.

Laluan pejalan kaki dengan pokok palma diterangi lampu neon kedai berwarna kuning di pusat bandar Okinawa.

Shopping in Okinawa 03

Naha CityKokusai Street

Cari barangan kegemaran anda di Jalan Kokusai, Okinawa.
Bersiar-siar secara santai menyusuri lorong dan kedai di Jalan Kokusai tanpa jadual yang terikat.
Detik santai itu sendiri bakal menjadi kenangan percutian yang paling bermakna.

6Days Story

Cadangan Itinerari
6 Hari 5 Malam:
Percutian Okinawa Sekeluarga

Pergunungan hijau yang curam menghadap pantai berpasir putih serta perairan laut biru di Pulau Kouri, Okinawa.

Jadual santai tanpa perlu tergesa-gesa,
namun tetap dapat menikmati
pesona Okinawa sepenuhnya.
Menyatukan impian percutian setiap ahli keluarga menjadi sebuah memori indah bersama.

DAY1

  1. Tiba di Okinawa.
    Percutian bermula dengan suasana malam
    di Naha.

    Setibanya di Naha, destinasi pertama adalah ke Jalan Kokusai.
    Mulakan percutian keluarga anda secara santai sambil menikmati sajian khas Okinawa seperti sayur-sayuran tempatan dan makanan laut yang segar.

    Makan Malam: Masakan Okinawa & Hidangan Tradisi Rumah

    Patung singa batu berwarna coklat dengan perincian ukiran bertekstur fokus di latar depan kawasan Okinawa.
    Hidangan laut segar, daging lembu berjalur lemak, dan sayuran tempatan disusun kemas dalam pinggan seramik Okinawa.

DAY2

  1. Menelusuri Lautan Biru, Menuju ke Okinawa Utara

    Selepas menerokai dunia marin di Akuarium Churaumi, teruskan perjalanan ke Pulau Kouri.
    Nikmati panorama pulau dengan laut biru zamrud yang memukau, dan akhiri malam anda dengan makan malam istimewa di Kampung Onna.

    Makan Malam: Shabu-shabu Daging Lembu & Makanan Laut

    Jambatan konkrit panjang merentasi perairan laut biru yang jernih menuju ke Pulau Kouri di Okinawa, Jepun.
    Keluarga menikmati jamuan shabu-shabu di meja kayu terbuka dengan latar belakang pemandangan laut malam di Okinawa.

DAY3

  1. Bermain di Laut,
    dan Bersantai Sepuasnya di Spa.

    Selepas sekeluarga puas beraktiviti di laut Okinawa, luangkan masa untuk berehat di resort. Hari yang sempurna untuk semua—anak-anak bebas bermain, manakala yang dewasa boleh memanjakan diri di spa.

    Kolam renang bertingkat dengan jubin biru dikelilingi taman palma menghadap pesisir pantai Okinawa yang luas.
    Kolam renang berlampu biru dengan latar langit jingga keunguan di tepi pantai Okinawa saat waktu senja.

DAY4

  1. Yachimun (Tembikar Okinawa) dan Istana Shuri.
    Meneroka keunikan warisan budaya Okinawa.

    Kunjungi bengkel Yachimun di Kampung Yomitan untuk mencari tembikar istimewa sebagai kenang-kenangan percutian.
    Pada sebelah petang, teruskan langkah ke Istana Shuri untuk menyelami sejarah dan budaya Ryukyu sambil menikmati sesi membeli-belah.

    Makan Malam: Hidangan eksklusif masakan Ryukyu premium

    Pelbagai mangkuk seramik bercorak jalur biru dan coklat disusun di atas permukaan meja kayu rata.
    Potongan daging lembu merah jambu dihidangkan bersama pelbagai hidangan sampingan dalam bekas seramik di atas meja kayu.

DAY5

  1. Lihat, cipta dan nikmati.
    Hari meneroka pengalaman budaya Okinawa.

    Alami keunikan budaya Okinawa seperti tarian Eisa dan kraf tradisional bersama seisi keluarga di Ryukyu Mura. Cipta lembaran memori indah sambil melihat, berkarya, dan menikmati kelazatan tempatan.

    Makan Malam: Wagyu & daging lembu berjenama Okinawa

    Pintu gerbang kayu berbumbung jubin merah dengan hiasan bunga merah jambu di bawah langit biru Okinawa.
    Daging lembu berjalur putih kemerahan, tauhu putih, dan sayuran segar disusun dalam bekas seramik di atas meja.

DAY6

  1. Temui cenderamata kegemaran terakhir,
    bawa pulang memori indah bersama keluarga.

    Pada hari terakhir percutian, nikmati sesi membeli-belah dengan santai.
    Bawa pulang cenderamata pilihan dan sejuta memori manis bersama keluarga menuju ke lapangan terbang.

    Padang rumput hijau luas bersebelahan laluan pejalan kaki dengan latar bangunan bertingkat di pesisir pantai Okinawa.
    Dua tart ubi keledek ungu di atas pinggan oren serta koleksi tembikar Ryukyu yang pelbagai bentuk dan warna.

Time For Myself

Meluangkan masa bersama keluarga,
sambil menyegarkan kembali jiwa sendiri.

Pemandangan memukau, keenakan rasa,
mahupun debaran keterujaan.
Bawa pulang segala keindahan yang ditemui di Okinawa ke dalam kehidupan harian anda.

Seorang wanita memegang cawan seramik di balkoni kayu dengan pemandangan pantai berbatu di pesisir Okinawa.

Di sebalik percutian indah bersama keluarga tercinta, nikmati juga ruang tenang khas untuk diri sendiri.

Holiday Season

Cipta masa keluarga musim sejuk, di Okinawa yang hangat dan mendamaikan.

Dari November hingga Disember, suhunya sekitar 20°C, musim yang sungguh nyaman untuk bersiar-siar sekeluarga. Hayati sejarah, budaya, festival cahaya yang memukau, serta kehalusan kraf tangan pulau secara santai.

Keluarga memakai pakaian tradisional Ryukyu yang berwarna-warni dengan latar belakang bangunan bersejarah Istana Shuri di Okinawa.

Holiday Season 01

Senaga Island, Tomigusuku CityRyukyu Costume Experience

Pengalaman Bergambar Pakaian Ryuso bersama keluarga.
Abadikan kenangan keluarga dalam keanggunan rona warna Ryukyu. Kenakan busana Ryuso (pakaian tradisional Ryukyu) yang penuh warna dan rakamkan foto istimewa sekeluarga di Okinawa. Bukan sekadar melihat, menyelami keunikan budaya ini sendiri bakal menjadi memori percutian yang paling bermakna.

Keluarga berjalan di laluan berbatu di bawah deretan tanglung merah dan putih yang bercahaya di Okinawa.

Holiday Season 02

Zakimi, Yomitan Village, Nakagami DistrictRyukyu Lantern Festival

Menyinari malam Ryukyu, Festival Tanglung Ryukyu.
Suasana malam yang diserikan cahaya tanglung berwarna-warni di celah replika jalanan era Ryukyu yang mempesonakan.
Sambil bersiar-siar santai bersama keluarga,
nikmati budaya Okinawa dan pemandangan magis yang berbeza sama sekali daripada waktu siang.

Lampu LED berwarna-warni menerangi deretan pokok palma dan tasik di Southeast Botanical Gardens, Okinawa pada waktu malam.

Holiday Season 03

Okinawa CitySoutheast Botanical
Gardens

Iluminasi Lampu di Southeast Botanical Gardens.
Melangkah ke alam cahaya yang memukau bersama keluarga.
Musim sejuk di Okinawa menyaksikan pepohon dan flora tropika diselubungi gemerlapan cahaya yang berwarna-warni.
Sambil menikmati hembusan bayu malam yang nyaman, bersiar-siar bersama keluarga di tengah keindahan iluminasi lampu yang mempesonakan.
Dari lautan cahaya hingga ke replika jerung paus yang bersinar, inilah keajaiban malam musim sejuk yang menceriakan hati anak-anak mahupun dewasa.

Paus bongkok hitam melompat keluar dari permukaan air laut biru dengan percikan buih putih di Okinawa.

Holiday Season 04

Okinawa Main Island / Kerama IslandsWhale watching

Pengembara gergasi Okinawa yang hanya hadir pada musim sejuk.
Paus bungkuk yang berhijrah ke perairan Okinawa pada musim dingin.
Belayarlah ke lautan luas dengan bot,
untuk menyaksikan lompatan megah serta momen indah ibu dan anak paus berenang bersama.
Pengalaman musim sejuk yang sungguh istimewa dan pasti terpahat indah dalam ingatan sekeluarga.
Waktu Terbaik untuk Dilihat: Januari – Mac

Access to Okinawa

Akses ke Okinawa

Perjalanan bermula saat anda membayangkan keindahan Okinawa di sebalik awan biru.

Peta laluan penerbangan berwarna biru gelap yang menghubungkan bandar-bandar utama Asia ke destinasi pelancongan Okinawa.

Terbang dari Kuala Lumpur ke Naha melalui transit di Taipei, Hong Kong, atau Singapura.
Perjalanan yang sedikit jauh ini menjadikan detik membayangkan Okinawa di sebalik awan sebagai permulaan indah buat kembara anda.
Kegembiraan saat menjejakkan kaki ke sini dan memori manis bersama keluarga pasti akan terpahat selamanya.

Route 01 Melalui Taipei

Kuala Lumpur
09:15Berlepas
Malaysia Airlines MH366
Taipei
14:10Ketibaan17:05Berlepas
China Airlines CI122
Transit: Kira-kira 2 jam 55 minit
Naha
19:45Ketibaan

Jumlah masa perjalanan:
Kira-kira 9 jam 30 minit

Route 02 Melalui Hong Kong

Kuala Lumpur
08:10Berlepas
Cathay Pacific CX710
Hong Kong
12:20Ketibaan14:25Berlepas
Hong Kong Express Airways UO844
Transit: Kira-kira 2 jam 5 minit
Naha
18:05Ketibaan

Jumlah Masa Perjalanan:
Kira-kira 8 jam 55 minit

※Semua masa adalah mengikut waktu tempatan.
※Jadual rujukan adalah setakat Ogos 2026.

※Sila layari laman web rasmi syarikat penerbangan masing-masing untuk maklumat terkini.

Lihat Maklumat Laluan Penerbangan Antarabangsa

Plan Your Journey

Mulakan percutian Okinawa anda yang seterusnya, dari sini

Keluarga berdiri di balkoni putih memandang laut biru jernih dengan langit cerah di Pulau Kouri, Okinawa.

Ubah Okinawa daripada sekadar "destinasi impian", kepada "destinasi anda yang seterusnya".

Sokongan khusus untuk
perjalanan tanpa rasa bimbang.

See You In Okinawa Kenangan indah sekeluarga, masa berharga untuk diri sendiri. Percutian seterusnya,
ke Okinawa.

Tanpa sesiapa perlu beralah, sebuah percutian di mana setiap ahli keluarga dapat menikmati masa dengan cara tersendiri.
Semoga 6 hari di Okinawa ini menyuntik ketenangan berpanjangan, menjadikan rutin harian sekembali nanti terasa lebih damai.

Keluarga berbaju cerah memandang laut biru luas dengan pulau kecil di ufuk, Pulau Kouri, Okinawa.